Pages

try click here

June 20, 2013

Ini takdirku

Assalamualaikum peeps...lame x update and x meroyan lagi kat sini..ye lah asyik bz ga keje je..
and this story bukan atas sebab sesiapa ok..hanya lah rekaan semate2.

Angin pagi menyapa pipiku,ketika aku sedang lalai menghidup udara segar dan nyaman tanpa sebarang gangguan bunyi yang hingar  bingar.Melihat suamiku yang sedang menyambung tidurnya dengan nyenyak.Kesian melihatnya,bekerja keras pagi petang,malam untuk sara keluarga yang bakal berkembang.

Sudah 5 bulan kami mendirikan rumah tangga sebagi suami isteri dan kini belum dikurniakan dengan cahaya mata suci.

"Sayang, awak da bangun ke ?"kata suamiku.
Alhamdulillah kini kami mampu hidup sendiri,dan cuba untuk berdikari.Aku di kurniakan dengan IMAMKU yang peniuh prihatin dan bertanggungjawab.

"Dah bang"
"Sayang,pergi mandi cepat.nanti lambat pulak"
"ok bang,"Seperti biasa rutin harianku,sediakan sarapan untuk si suami.Walaupun aku bekerja,aku tetap jalankan tanggungjawabku sebagai makmumnye.

"sayang,malam tadi mama ade call,mama kate  suami angah tak ada kat rumah.da pergi outstation"sambil menyuapkan bijirin kegemarannya.

"owh yeke,kenapa tetiba je pergi outstation"

"Ntah lah sayang,"

"ok lah bang,syg ingat nak singgah rumah angah sebelum pergi kerja kejap lagi"

"Aik, macam ade pape je.ok lah..nanti kirim salam dekat angah ye.suruh dia jaga kandungan dia"
Kami pun berlalu pergi ke tempat kerja masing2, Tempat kerja aku,ke arah elatan tapi si suami di utara.Kebetulan,rumah angah dekat dengan tempat kerja aku,so x salahkan kalau aku singgah rumah adik ipar aku.

Ketika dalam perjalanan aku terfikir,bila agaknye aku akan dapat merasai perasaan mengandungkan zuriatnya.Aku terus berdoa,agar kami dapat peluang untuk rasa kehadiran orang baru.

"Assalamualaikum,angahh!! angah!!"
"Eyh,kak long..masuk lah."
"Ahh,kau tak payah nak kak long sangat lah,Mane laki kau?"Adik ipar aku sebaya je,so agak senang sikit.sebab ade jugak lah geng.
"Dia da pergi outstation,subuh2 lagi dah keluar"
"Yang dia boleh outing time kau tengah sarat sarat nih kan"
"Nak buat macam mane,dah kejekan.Yang kau datang nih ade ape,ade lauk ke nak anta"
"Ha'ah,lauk ape kejadahnye.Lunch nanti aku datang,kite makan sesame tapi skang aku blikan nasi lemak je untuk kau dengan bakal budak baru lahir nih,ok lah aku nak pergi keje nih"Walaupun aku sebaya,aku syg dia macam adik aku sendiri.





SAMBUNG LAGI!! MENGARUT

June 18, 2013

Asal kejadian Jin

Assalamualaikum semua..kat sini nadia nak share sikit mengenai "asal kejadian jin" dimana semua sumber2 nih nadia baca and membuat sedikt research mengenai nya..


mai lah kita tingkatkan ilmu kite.


Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau ” Al-Lahab ” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan ” Al-Maarij ” itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru . dan ia sebenarnye mempunyai pelbagai pendapat yang berbeza.


Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.
Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. 

Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.
Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-Rabbaniah ” sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

-sebagai info and berkongsi ilmu je,x rugi kalau bace_