Makanan ibu dalam pantang dan info-info dalam pantang
Pemakanan ialah aspek yang penting dalam rawatan pantang bersalin.
Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu.
Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat
perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan
hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nas
i berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut
sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini
(kurang berzat dan kurang air)ianya akan terdedah
kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
(Jenis ikan )
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering
kerana akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering
serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar,
mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri,
pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan
reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu.
Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang
hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi
menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan
susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
(Ulam-ulaman )
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana
, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup,
daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber,
zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu
dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun
lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut,
daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar,
sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun,
sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang,petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk mama
n, petai, jering serta terung.dan mengelakkan
minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian
belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi
kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
Jenis ayam dan burung
ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil
patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati
juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar
tidur pada waktu malam.
Masalah-masalah dalam pantang
1. Nifas
Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama
bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid;
purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini,
atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau
penyakit dalam rahim.
2.Tumpah Darah
Tumpah darah selepas bersalin biasa berlaku
sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun
sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang
begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi
punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang
melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap
dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak.
Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup
dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah.
Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat
kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan
ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep.
Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut.
Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh
dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalam
i masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan,
bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia
ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan
rawatan cemas di rumah.
Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam
selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia
berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin
menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian
daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim.
Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim.
Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat
perhatian doktor ( nak kata pro x lah.tapi baik jumpa pakar )
Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:
Pertama: Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa.
Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan
dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.
Kedua: Jauhkan daripada sakit beranak yang
terlalu panjang dan berlarutan.
Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan
tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan
secara forsep atau pembedahan jika kesakitan
bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami
tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah
ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah
terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati.
Juga tentukan rahim itu kuncup.
Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine
akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan
pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil
untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang
mungkin tertinggal dalam rahim.
TEKANAN DI KALANGAN WANITA SELEPAS BERSALIN
Tekanan emosi yang diertikan oleh masyarakat terutamanya
masyarakat melayu dengan nama "penyakit angin meroyan".
Ia dikaitkan sebagai penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang
mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.ianya yang
bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi
(kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.
Bentuk Tingkahlaku
Wanita yang mengalami masalah "postnatal depression" seringkali
menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami
kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri dan mudah
untuk merasa marah. Mereka bukan sahaja menjauhi hubungan
seksual dengan suami malah membencinya.
Keadaan wanita ini juga akan menunjukkan perubahan
yang mendadak seperti kemurungan, runsing dan kelihatan
tidak bermaya. Sikap juga berubah dari periang boleh
bertukar menjadi pendiam. Kebanyakannya seakan hilang
sentuhan dengan dunia alam realiti.
Faktor yang membawa kepada tekanan emosi
Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa
kepada ini berlaku. Tidak dinafikan, kelahiran adalah sesuatu yang
dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Tetapi tidak
semuanya begitu. Berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah anak
yang tidak dikehendaki.
Tekanan ketika bersalin ditambah pula dengan rasa tertekan
perasaan apabila mengenangkan anak yang dilahirkan.
Apatah lagi wanita yang bersalin berkemungkinan tidak
mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sendiri atau
mertuanya. Ini akan menambahkan rasa tekanan emosinya.
Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami.
Tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran
Selepas kelahiran, ibu terpaksa berjaga malam menyusukan bayi dan
menukar lampinnya yang basah. Ini membuatkan isteri tidak dapat
menikmati masa rehat yang cukup. Baginya tiada kegembiraan
dalam menimang cahaya mata sebaliknya merasakan ia sebagai
kerja yang membosankan.
Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila
suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri.
Setiap kali pulang kerja mengharapkan makanan terhidang
, rumah bersepah isteri dimarah, sedangkan makan minum
isteri ketika berpantang tidak pernah dihiraukan. Kerja-kerja
rumah seperti mencuci pakaian harus dilakukan oleh suami jika
tiada pembantu. Apabila keadaan tekanan ini tidak terbendung,
rasa kecewa diluahkan dengan keadaan kemurungan dan menjadi
pendiam. Yang lebih teruk sehingga menyebabkan isteri menjerit
dan menangis seorang diri.
Sokongan emosi orang terdekat paling berkesan
bagi wanita yang belum bersedia menimang cahaya mata
tetapi terpaksa menghadapinya juga cenderung mengalami
masalah tersebut. Waktu dalam pantang, ibu mudah rasa
tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu berjaga malam.
Ada kalanya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu
amat penting bagi bakal ibu mendapat sokongan moral dan emosi
yang kuat daripada seseorang khususnya orang terdekat s
eperti suami terutamanya pada saat-saat menimang
cahaya mata dan selepas melahirkannya.
Ini adalah kerana sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang
paling mujarab ke arah kestabilan emosi isteri. Kajian yang dilakukan
di negara-negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat
paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami tekanan emosi.
Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang
cahaya mata adalah persediaan emosi dan mental yang kuat.
Selain daripada pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal
ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum dan selepas
bersalin disamping bersedia untuk menerima kemungkinan buruk
selepas bersalin. Meletakkan harapan yang tinggi tanpa persediaan
jiwa dan rohani yang mantap akan hanya membawa kekecewaan
yang memungkinkan anda mengalami "postnatal depression".
6.i Mempunyai persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal
dan material dalam menghadapi sebelum dan selepas kelahiran cahaya mata.
6.ii Bertemu doktor dan pegawai perubatan untuk mendapatkan
nasihat bagi membuat persediaan yang berpatutan
untuk menghadapi saat-saat kelahiran.
6.iii Datang berjumpa kaunselor untuk mengadakan
sesi kaunseling perkahwinan bagi membincangkan
aspek-aspek persediaan emosi dan kedua-dua pasangan
yang akan menimang cahaya mata.
6.iv Menimba ilmu kemahiran menghadapi sebelum
dan selepas kelahiran anak. Ini supaya kedua-dua
pasangan tidak merasa janggal apabila berlakunya
situasi tersebut.
Pantang Larang Semasa Mengandung
Tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.
Karenah sewaktu hamil juga kadangkala boleh mememningkan kepala. Kerap yang berlaku adalah mengidam. Dalam keadaan ini, ahli keluarga yang terdekat akan menjadi "mangsa" dan biasanya si suamilah. Seboleh-bolehnya suami perlu memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.
Mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung., menjadikan selera ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya. Mengidam juga dikaitkan dengan nafsu. Adakalanya apa yang diidamkan itu bersalahan dengan syariat dan keterlaluan, maka di sini ibu perlu banyak bersabar. Anggaplah ini merupakan ujian Allah s.w.t kepada hambaNya yang akan bergelar seorang ibu. Ibu-ibu perlulah bersabar, jangan terlalu mengikut nafsu.
Tabiat terlalu mengikut hati ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila dilahirkan kelak. Ibu yang sabar dan tabah akan melahirkan zuriat yang tingi jatidirinya. Manakala sikap ibu yang terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil".
Dalam membicarakan tentang pantang larang
dan adat istiadat sewaktu mengandung ini, terdapat
beberapa amalan yang masih
dipraktikkan walaupun sudah tidak banyak seperti dahulu.
Sebagai contohnya seperti adat melenggang perut untuk
mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan diletakkan di
atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh.
Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan
anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.
Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah,
iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua.
Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi
perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga
akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
Yang sebenarnya, tujuannya larangan
di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada
orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan
membantu sewaktu dalam pantang.
Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh
memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan
menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana
dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak
jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan
mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari
kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan
ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu
hendak melahirkan anak.
Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak
dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam
pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan
anak berkepala besar yang luar biasa.
Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak
yang dilahirkan akan botak kepalanya.
Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan
anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak
akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri
kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
UNTUK SI SUAMI JUGA
Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup
seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak
yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu
binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat
anggota badannya.
Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang
seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak
yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.