Pages

try click here

December 27, 2012

Senarai semak bagi pengantin kawin

Assalamualaikum :)
Ce tengok kat bawah nih,,ade senarai and cara caranye..sape yg nak kain awal tuh bagus lah tgok ok..


Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

December 24, 2012

IBU COLLAGEN ( Pure Punye 100%)


agak agak sape yang percaya and kenal kite,boleh amik kat kite,jika tanak boleh
cari agent lain yg jual collagen nih.bole cari kite kat fb http://www.facebook.com/siti.nadiah.1447 or inbox me :) 

ibu collagen 2A RM 25


GRED AA (KUNING)
1. Diproses secara stim
2. Diproses 3 kali
3. Khsiatnya Kurang sedikit daripad gred AAA
4. Kurang garam
5. Kurang bau


ibu collagen 3A RM 28
GRED AAA (UNGU)
1. Diproses semulajadi
2. Diproses sekali sahaja
3. Khsiatnya lebih tinggi
4. Bergaram
5. *Berbau


" BOLE DIGUNAKAN OLEH LELAKI DAN WANITA"
2A elok jugak tapi,lame sikit lah kesan nye tapi kalau amek 3A terus llagi bagus,tapi depends lah kat u all

Marine collagen nih lebih berkhasiat ,x sume x berkhasiat tapi yang nih siyes berkhasiat..walau pun rasenye x sesedap sirip ikan yu sarang burung layang layang.

KHASIAT

Melaras berat badan dan menstabilkan hormon
-Menegangkan payudara
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisma badan.
-Memejalkan payudara, otot dan punggung.
-Menyihatkan rambut dan kuku.
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid.
-Mengurangkan penuaan pra-matang seperti kedutan dan kulit kendur.
-Mengurang selulit.
-Memberi tenaga.
-Melancarkan peredaran darah, mengurangkan sakit bahu dan belakang.
-Menguatkan tulang dan sendi serta menjauhkan artritis dan osteoporosis.
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot.
-Merawat penyakit gout.
-Mencegah Kanser/tumor.
-Menurunkan tekanan darah tinggi.
-Meningkat fungsi penghadaman/pencernaan dan merawat gastrik.
-Anti bakteria/kulat.

-Merawat jerawat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh.
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh.
-Melicin, menegang dan menghaluskan kulit.
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan mengapuskan parut.
-Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit untuk penyebuhan luka.
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah bagi penyakit kencing manis.
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
-Memberikan rasa kekenyangan bagi proses diet.
-Memelihara usus kecil untuk mengelakkan sembelit/Buasir.



senang cite,sume khasiat nye ade disini..Mungkin bahan nih murah dan mudah dimaakan tapi depends pada si pemakainya,kalau ianya yakin insyaallah ade jalannye.


STEP2 NAK MEMBUATNYA:)

`1. asingkan 4 bahagian and 1 bahagian tuh rendam semalaman dgan air biasa,before that basuh dulu sbb nak buang baunye..(sebab 1 bekas nih boleh tahan sebulan 1 bahagian 1 minggu)

2.then basuh lagi and baru rebus or kate lain masak lah sehingga cair ( nak hilangkan rase loya tekak sblum mkn benda nih,,fes jgn bau ianya macm bau syusyi,hihi,second,rebus skali dgn daun pandan and tambah sikit gula or nak tambah blackcurren pun boleh )

3.da cair and masuk dlm bekas ,simpan dlm peti sejuk and jadi lah jeli or agar2 marine


AMALKAN PADA :)
- setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.(amalkan tiap hari)
-jika ade amalkan product lain,sy consumekan agar jarak kan masa pengambilan ibu collagen nih
-sesuai juga dijadikan mask sebelum tidur..cube amalkan sebulan nih.jika berhasil call saya


IMPORTANT TO IBU YANG BARU LEPAS BERSALIN X DIGALAKKAN,SELEPAS 2 BULAN BARU AMBIL IBU COLLAGEN




Cara Membuat Masker : 

1. Cuci muka 
2. pastu sapu rata gumpalan kolagen di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci

PERHATIAN Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.. 

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum dan lebih cepat! banyakkan minum air kosong.. air kosong tu paling wajib tak kira korang amik apa2 suppliment pon... tak amik suppliment pon kene minum air kosong juge 

SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?

Sesuai utk sesiapa sahaja...Bagi kes-kes tertentu spt di bawah tetap boleh menggunakannya;
* Ibu mengandung (kandungan mestilah lebih drp 5 bln)
- Kulit bayi jadi sangat cantik, putih & gebu
- Ibu lebih bertenaga dan tak mudah letih
* Ibu Menyusu (ambil 1 sudu shj)
- Kolagen sangat tinggi kandungan mineral...hampir menyamai susu ibu
* Sewaktu Period
* Warga tua
* Resdung & kulit sensitif
- Tiada kesan sampingan kerana ia diperbuat dari rumpai laut...bukan hidupan laut (seafood)






THANKS SEBAB SUDI MEMBACA DAN MEMBELINYE :)

December 12, 2012

Tahun baru bakal tiba

Assalamualaikum blogers yo alls...alhamdulillah 2012 bakal mengakhiri.pejam celik da nak masuk 2013 kan.... Macam tuh lah cerita seorang student macam aku..habis sem 1 sampai sem 6 aku bercerita..cepat je mase berlalu..

Dengan nih saya siti nadiah naza nak gtaw kat korang insyaallah,2 year age..da nak ikatkan tali pertunangan and perkahwinan kami..

siapa kah beliau ..nati kite post kan..hahha..kata mak aku..nak kawin awal bolehh.tapi pastikan ekonomi si laki stabil dulu..nati tak kan nak mkn pasir kannn..



ok lah beb,nati aku post lagi sambungan nye,bz lah ade kerja nih..almaklum lah da ber

December 6, 2012

its was a happy day..

hayy..assalamualaikum.wassup guys..how are you..emmm..
saje nak chot chet kat sini...i has a "haaaappyy time with him" hahhaa.
and sory lah sebab skang kite da keje,so x de mase sgt lah..nak blogging o chatting o berFB..

next year da start practical..and now sy keje kat tempat yang sy practical tuh..emm.was a nice place and ade environment bekerje dalm ofis,

Keje kat sini alhamdulillah ok lah,rase seronok sgt and nak mmmm...ishh best nyeeee..tapi...
tapi bkn tuh yg kite nak cite skang..kite nak cite yg kite happy tuh jea..tapi sy x nak ade ape2 hubungan yg terlampau lampau series sebabnye,saya da cukup puas and "sudah cukup cukup sudah" dgn hidup remaja..

October 28, 2012

sweet memories of us SEMESTER 5

madam eina



and 


Miss hafiza abd hamid



Ya allah sumpah missed gile gan lecture yang kitorang kasihi..
Thanks for everything coz sudi ajar kami and masalah kami.

ya allah ,teramat rindu pade sume and now maybe its not the end of our story as a student and our lect.

Sem ni ade lah sem terakhir belajar kat KPTM BANGI..sume lect sporting sangt.
I hope sume yang pernah kenali nadia baik buruk nadia,nadia mintak maaf.munkin termaki,termarah and tersilap langhkah..

Dari sem 1 and sem 5 yang pernah sekelas gan nadia,nadia mintak maaf ok.

i love you gus so much.


" Tangisan kegembiraan kerana dapat kenali korang yang best and sempoi and tangisan kesedihan sebab masing masing akan berpisah and tak jumpa lagi."


Saya siti nadiah binti nazarudhin menyusun 10 jari ingin meminta mohon maaf andai ade terkasar bahasa and ternaik tangan harap dimaafi..
Korang aku tak kan pernah lupa.
and kepada sesiapa yang pernah gaduh gan aku and benci aku sangat and dendam kat hati tuh.aku da maaf kan and aku doakan yang terbaik je ntok kau,sebab nih lumrah kkehidupan manusia

Awak awak saya mintak maaf sebab mungkin pasal perkenalan tuh jadi tu pegaduhan yang besar,saya mintak maaf...

awak awak saya mintak maaf sebab slalu marah awak.hihi..

awak awak maaf tau sebab kekadang tersalah sangka..

Awak awak ,awk tau tak awak sahabat pertama yang saya kenal and yang saya rapat skali..dari fes sampai akhir sem nih..

awak awak.awak kawan yg paling rapat gan sy bile da akhir sem nih,,thanks sebb sudio kawan gan sy dari sem 3 sampai skang


SAYA AKAN SENTIASA SAYANG KORANG
MAAF KAN SAYA YA!!!

October 25, 2012

Aku benci kau

Aku sangat benci kat kau..Tapi da nak final exam nih aku doa kan jugak ntok kau dengan ikhlas..

Allah maha mengetahuikan?? Emm..alhamdulillah dengan tanpa sebarang status aku kini bahagia digelar SINGLE,hahah

Mane aku nak pergi and kawan..its up to me..x de yg bising..

Yang mane da isi borang tuh..maaf yea,x de mase nak layan..


Kau rase aku nih ape eyhh..Kang x pepasal nih makan die..
Kate mak aku,tunjuk perangai sebenar supaya kite boleh tau dia jujur n ikhlas x nak kawan gan kita.

And 1 more, Jangan judge org dengan mendngar cerita dari orang tapi melihat perbuatan yang dilakukan..

Aku sudah mula benci and meluat dengan kau.. 

September 30, 2012

Bulan yang menyinari hidup kita

Assalamualaikumm..

Malam tadi malam yang terang bagi aku..
Sebab tu lah malam terakhir besday aku.
And malam tuh bulan penuh ade untuk terangi aku
bersama diri yang makin layu..

Cintaku pada allah sentiasa ade dihati.
cintaku pada nabi muhammad & ibu bapa.

Aku sayang dan aku cinta pada semua..
Jika ini lah yang terakhir..
aku nak pinjamkan bulan yang penuh lagi terang nnih kat korang yang memerlukan

Supaya tak lagi yang lupa.
Kasih antara dua orang.
Cinta antara aku n dia

Biakan semuanya berlalu dan pergi tanpa sebarang kata

 Tanggal 29 september 2012,sabtu 12am..Menjadi sebahagian dalam ingatan kau !!

Cehh..ayat ape je..lain macm je..

" kalau korang ade massalah atau nak mengadu,mengadu lah kat bulan yang penuh kat langit tuh.sebab dia takkan bagi tau sape pun..jika kita sedih dan rasa x de cahaya temanni kita,tgok pada bulan kerana bulan akan jadi  kita punya arah tuju cahaya..Dia akan ade sentiasa untuk kita..dan jika kita rindukan seseorang tenunglah pada bulan yang penuh tuh sebab tika itu pasti dia juga akan melihat bulan yang sama "

September 24, 2012

status yang tak diketahui !!

Assalamualaikum.. salam sejahtera..selamat petang..
hari nih bosan sangat and rase nak jatuh je..

Pagi2 da melayang hampir nak cium dinding kolej.
"Kata ika,mabuk bile minum mineral"
hahha,bukan mabuk tapi penat and pening ..tu pasal jalan tak bape nak betul sangat


Cerita yang aku cerita nih bukannye benar ok,tapi palsu..aku cume bosan sebab menunggu class OM

First day yang membuatkan aku rase geram gile and ase nak nanges,aku ber'text' gan someone tapi tersalah send pulak..emm..kebetulan nga bosan gile..and 1 day aku yg sendri x pnh ckp gn dia and nak bertegur sapa..aku jadi rapat gan die dalm beberapa bulan and kami saling kenal antara satu same lain..mengenal budi hati masing2..Sepanjang kisah and memory tersebut kami x pernah declare sebagai ape2 gelaran..

Kami masing2 bertukar2 rasa cinta and shared everything bersama,sepanjg perjlnan cerita kami..And aku bahagia sebab kami hanya teman tapi mesra..yang membantu aku..and bantu die dalam pelajaran..even kami x sepandai mane.hhehe

Beberapa hari kami kenal,dia mula cerita kan hal yang sebenarnya,tapi aku ok je bila dengar ceritanya ..tapi tipu lah kan kalu aku sendri x nanges dengar..

Aku paham sebab kami hanya kawan and x lebih dari tuh..At the end kami bercinta tanpa status..Aku da cuba untuk minta lepas drinya..and cuba nak buang rase cinta jauh2,,tapi malang aku x dapt nak halang..sbb aku mmg mencintainya,kemudian aku pasang protection.hee:)

Aku berdoa kepada allah supaya tolong jaga kan dia tika ku tiada kelak..aku sentiasa doa kebahagiaan untuknye,walau aku taw..org yg aku cinta tu tak kemana kalu itu jodoh aku..Allah tak kan bagi ape yang kita nak..sebab itu adalah kesempurnnaannya,malah allah akan bgi sesuatu yg kita x nak sbb untuk kita belajar n harungi dugaan tuh..

Kami mmg rapat,tapi malang aku da hilang rase..siapa dia yang sebenar and kenapa allah pertemukan aku dengan nya.

Dan alhamdulillah aku bahagia bergini and aku akan doa untuk dia..Aku bahagia bila melihatnya bahagia..Jauh didlm sudut hati aku.aku sangat merindui and bersabar agar suatu hari akan ade cahaya cinta syurga untuk aku kelak..


THE END :)


"The truth is,its not my story but the story i knew from someone,kisah nih hanya aku and seseorg yang digelar SAHABAT OR TEMAN "

 

September 23, 2012

sebelum tuh

Haii..asslamualaikum..jap je lagi da nak balik bangi..sempat lagi nak update..
humm..dengan sakit yang melanda,kene kuatkan diri and kaki nak balik bangi..

this thurs ade interview then weds,ade GN..hum..dugaan penuh dugaan.heehee

btw,saje nak story,semalam sempat g H wat Med Cek yg sterusnye..kebetulan nga x bape shat..
bile cte kat "D" dia cume bagi ubat tahan sakit jea..haishh...Nak gerak pun x boleh ok.Sampai nanges2..

Bile dalam keadaan yg x berapa sihat , sume yang blaku kat skeliling mula lah rase nak ngamuk..tengok sane sini rase benci..

CEMBURU

emm da start nak merapu lah tuh, 

September 21, 2012

benci kamu sayang kamu !!

Assalamualaikum..heyy peeps..

Sekian lamenye x berblogging..bnyak je cite nak share..sem nih macam2 yg jadi..ade yang nih lah..itu lah..ape lah..sume lah..Sampai gaduh2 lah..haishh sakit kepala..

Pasal benda yg kecik boleh gaduh..humm :)
Event saya benci kamu saya stilll sayang kamu
bole paham ta??

Hummm.. " apa yang terjadi antara kita sekian lamenye ,aku still pikir and care walaupong hanya KAWAN.." 

Sometimes org sekeliling susah nak pahm keadaan kite kan..Mudah sangat nak sakitkan hati walaupun da berkali2 disakitkan..walau menangis air mata berdarah skli pun,tetap same je..

Laki ke pompuan ke,kalau marah and cakap tak pernah pk perasaan kite..Geram mane,benci mane,sakit mane hati.,doa untuk KAU sentiasa ade dalam solat dan pesanan korang masih terpahat..

Sejahat mane aku pun..aku masih nak tengok kau bahagia and senang disamping org tsyg..sakit aku,mungkin tak nampak..tampak senyuman yang FAKE untuk ilang rase sedih and sakit..

HIDUPKENEHIPOKRIT ..ye ke???

"tiap bicara yang lidahku kata kan,adalah hanya kerana ingin melihat kau bahagia.."

assalamualaikum KAMU !!

September 7, 2012

nothings gonna change my love for you


Heyy peeps,gud evening..
today i would like to share my feels toward ....? i don't know.haha


when I sing this song I feel relaxed and feel like hugging someone I once loved.

This song is full of deep meaning .. drop by drop tears fall when reminisce back ..
just want to share a song that was so romantic and touching thats all.

heehee.. bye

last semester Dip in business management










Assalamualaikum,kembali lagi..sem ni,last sem kami semua bersama insyaallah akan de hari lagi yang lain..
Da pertengahan sem da..test pun x habis lagi..da sebok nak update..

Emm.will miss u guys ,x kisah lah ape pun..

Awal bulan sbelas dah final..next year da start practical..Emm,alhamdulillah dapat sampai ke sem yang terakhir,dan masih tetap kawan yang sama dari sem 1.thanks lah walau ade masalah besar skali pun..gaduh lah ape lah..tapi still ade..

Ok lah sampai nih je..assalamualaikum

August 26, 2012

pejamkan matamu

Assalamualaikum..heyy..

Kepada awak,kalau rindukan saya awk dengar lagu nih.."Saya akan ade bila awak perlukan saya" walaupun awak d x plukan saya.. :) Saya akan bahagia bile tgok awak bahagia and sentiasa senyum..

Tika kau tiada,aku ade untukmu walau sesukar mane..akan aku jaga hatimu walau sesakit mane ahtiku kau guriskan..Aku akan sentiasa tersenyum untuk mu walaupun kau x pernah tahu..

Hanya pejamkan matamu,bila kau perlukan ku,aku pasti ade disisi..
Titisan air matamu akan terhapus bila kau pejamkan matamu

August 24, 2012

lambaian cinta allah

Assalamualaikum..

ermm..bila agaknye aku akan sampai tanah suci tuh..Cinta aku pada allah 

pembohongan cinta

Assalamualaikum..
nak gtaw cite nih rekaan semata mata ook..x de kene mengena dengan sesiapa ok..

Terima kasih ASAS !!

Assalamualaikum..
lame jugak x berblogingkan..sedih ke gembira ke mesti nak share kat sini kan..
humm.kali nih nak cerita ape pun tak tahu..tapi nak meluahkan rasa hati sikit kat sini..

Firstly nak ucap thanks kat ASAS sebab sudi bagi saya rasa sayang,kasih,cinta,adik kepada abg,abg kpda adik...Walau ape pun saye ttp ingat sampai bile bile..

CIK LADY M,maaf yea.klau ade salah silap,terguris perasaan walau pun x kenal..saya da pulang balik hak milik awak yg mungkin saya amek..awak jaga lah hati dan perasaan tuh..

Terima kasih allah sebab da temukan saya dan perkenalkan saya dengan ASAS sebab bagi saya peluang skli lagi untuk rasa cinta yang sakit..Tapi sebenarnya kami x de ape ape hubungan ..X lebih sbagai seorang kawan..Terima kasih sbb sudi kongsi cerita gan kite..cite masa lampau awak

.semahal mane sesuatu barang tuh,masih lagiboleh dibayar cash..tapi mahal cinta n kasih, x boleh dibayar dengan cash.

Saya tahu allah sayang saya dan akan sentiasa menguji hambanya.. Jodoh allah x kemana..jauh mane pun kite berada,selama mane pun kite x berjumpa ..saya pasti dan yakin dngan jodoh allah..tapi bila allah dah temukan jdoh tuh,dan akhirnya sampai ke jinjang pelamin dan beranak pinak..itu dah jadi hak dan tanggungjawab kite untuk jage pasangan sendiri..dan berusaha untuk membawa keluarga ke pintu syurga.

Selagi kite bercinta dan masih tiada ape ape ikatan yang sah cinta itu masih lagi "cinta monyet"  ..


ASAS terima kasih sebab hadir dalam hidup saya & mampu buat saya menangis n gembira walau pun sekejap..

                "TERIMA KASIH ASAS"

bye sayang !!!