Pages

try click here

October 27, 2011

celoteh lagi!!!!

assalamualikum,..petang nih mcm biasa lah update lagi...boring n tension,so kye wat hobbie sikit.kalu da penat menjahit,bace novel,tlong mak,ceramah free,advise free sume nye free tanpa gaji.kte layan blog kejap.

This week..final exam week..aku pun da penat mengahadap buku jea.seharian..memang penat sgt..humm..Tapi dugaan aku bile nak final nih ade jea masalah..humm dugaan kan??Paper x lah bnyak jus 4 paper jea..tapi tuh lah..aku sendri penat dengan kerja rutin kat uma.

Habis jea final cuti sem suda..cuti sem nih,mcm2 masalah aku kene settlekan???aku baru student tapi da mcm berkeluarga o uma tgga sndri lak..masalah kat uma sentiasa menunggu aku..so,hadap jea..
Alhamdulillah kesihatan aku makin pulih tapi x sepenhnya,masih dalm rwtan lagi.hahah...

Story rini pendek jea lah kot..coz x taw nak cte ape???banyak sgt masalah yang aku nak luahkan tapi aku cuma mampu luah dalam diary o blog nih jea..bile aku cite kat blog nih,,ianya seolah2 hidup bagi aku walaupun x de pape feedback,aku seronok kat sini..aku seronok berada dlm dunia aku sendri tanpa sesiapa...Aku x menyusahkan org sekeliling aku..My responsibilities,always aku jalankan..cam biasa aku jadi orang yg paling bertanggung jawab dlm rumah if pape terjadi..

Ape2 yang berlaku antara parents aku..aku org pertama yg kene hadap n dengar.mungkn org sekeliling nampak aku happy jea,tapi dalam happy ade kesedihan n kepedihan dalam hati yg mungkin org x nampak..sakit oening aku,aku sendri yg handle..sometimes aku da rasa naik gila n mungkin bakal gila dengan sume nih..Name je aku ade kakak sulung,but langsung x membantu..ape2 aku yang kene hadap..rutin harian,sengsara,sume aku sendri yg hadap..sampai ke tua aku jadi mcm nih..Kepala nih da full sgt tgu nak pecah jea..

OK2 dah lah,melalut jea..hari da nak magrib..so out dulu n sampai nih je lah entry aku..

<tq 4 those who love me..but i cant accept any one becoz my heart is already close and he is the last people that i have before,no more love,cry,weakness,n hurt in my heart..i cant accepted,just wat i wanna be is myself.>

October 25, 2011

sweet talker bile nak mintak couple

 Sweet je LEBAH nak sengat kan,sikit ayat power jea..da bole couple..Kekadang tuh MADU pun
boleh cair,nak taw kenapa ... check it out.

contohnya,kalau si gurl nih sedih o baru pas clash gan ex die ke,die nak masuk line 
then konon bagi nasihat,always disisi bagi nasihat lah..tapi ade udang disebalik batu,
x salah kan gul jugak,hati die tgah sedih patu ade plak yg konon jadi hero nak bantu
last2 jatuh jugak kat tgan boyz nih..mula2 ayat manis sangat sebelum nak dapat
tapi bile da dapat MAMPUS KAU!!Apesal?cube kau cakap kenapa laki tuh ckap camtuh??
sbb nya dia da dapat gul tuh jdi gf die,saje nak isi ruang kosong n kalau nak kua ade
lah teman die nak lepak n bole tnjuk kat kwan yg die pun ade gf jugak,walau x kaya..
Lelaki yang baik x kan wat macam tuh,tapi..manusia kite x bole nak baca ape yg dpikirkan??


cadangan lah untuk wanita2 kat sana termasuk aku jugak...better kowang kawan dulu,nak kua pun bole cume as a fren lah...kenapa nak malu kalau kite single??ke kowang nak perut besar baru taw rasa malu..emm..jauhkan lah eyhh,terutama remaja2 belasan tahun..kebanyakkan sumenye teruk 
sbb dowang nak cbe benda baru yang dowang x pnah rasa..nati menyesal kemudia x untung certain laki ni,tinggal benih je,tapi x reti ank tgung jawab..Jangan tambahkan dosa kalau da tu dosa.


Kowang yang kat lua yg x pnah kene tuh,jgn lah ckap negatif kat dowang nih..mungkin tuh kesilapan dia,kita ptt bg nasiht,bmbg dia..Alamak da lari tajuk pulak..foward balik kat pokoknnya..


Emm....gul,tolong yea jangan lah mudah terperdaya gan kata2 dowang..mungkin yg baik tu baik
tapi yang baik tuh pun kte x taw macam mne..baik x semestinya baik..mesti akan ade sleng kat mane2
..kalau yg jht tuh da mmg jahat,tapi kowang kne sedar sesetengah laki yang jahat nih ade jugak hati dan perasaan..pandai jaga..Dalam hidup nih pun jangan terlalu baik sangka n buruk sangka kat orang..


Aku pun x reti nak nasihatkan diri sendiri  macam nih <doktor nasihat n ubatkan org pandai tapi diri sendri kene jumpa org lain jugak>manusiakan macam tuh lah..kekadang bile kepala tengah fresh n stabil kte ok tapi bile x ok,kite kne jugk jmpa org n bercerita kat orangkan?ntok hlang rasa beban tuh..


MADU ohhh MADU !!!!! kalau nak couple tuh bole ok,tapi ble da couple jgn paksa pasangan anda untuk buat sesuatu yg anda x ske mcm suh die benti rokok..depan kte mmg x hsap tapi blakang?kite x taw n kte cakap jgn layan pompuan yg kowwang x ske tuh,tapi die layan  jugak sbb ape??pokok mesti cari tanah nak bercucuk tanam kan,quota ade 3 kosong...sia2 je nasihat nati hati kte yg sakit.
bkn x bole nasihat maksud aku,bole tapi berpada2..kowang kne taw dia belum jadi husban kamu..so jgn rsau..Allah maha kuasa ok?nasihat n cakap gan dia atlist 3 kali jea...kalau nak benti 2 kalau x nak ok fine..kowang pk skit,kalu skang die bole cakap kurang aja x mustahil satu hari da kwin dia bole kuang aja.sbb dia da jd laki kowang..nak x nak kene hadap..n juga yg skrang nih manis mulut bile nak kan kte bile da dpt lgsung x pk pasal kte da..da bole sepak terajang mcm bola..Nak percaya boleh tapi jgn terlalu percaya 100% ok??disarankan setiap wanita harus ade persediaan n tahanan diri untuk masa akan dtg,bkn ape ntok kowang jugak..Peratus lelaki yang bertanggungjawab kurang..dalam berita pun da bnyak kua kan tentang bapak org lah ape lah..org dlu2 gan org skang da  lain..


Bile nak brcnta pk lu n bile nak kawin jugak harus ade persediaan..jgn ikut 100% ckap si dia.kowang n die pun x ikut 100% suruhan tuhan kan??aku taw ,aku pun same.jangan terperdaya dengan janji manis seorang lelaki..semua  tuh hanya untuk penyedap rasa..Macam garam o gula yg digunakan dalm msakan untuk menyedapkan rasa jee..sebelum buat ape2..pk kesan yang akan berlaku kelaj kat kowang pk positifnya ape n negatifnya ape lastly nilai sendri ok??








assalamualaikum readers..

October 24, 2011

tak macho katakan kalau gune duit seorang wanita..

Memang lumrah untuk setiap pasangan keluar dating. Samada menonton wayang, keluar makan, shopping ataupun sekadar berjalan-jalan di tasik ataupun di mana sahaja. Kalau sudah keluar dating itu, memang tidak sah kalau duit di dalam poket tidak dikeluarkan. Tetapi, selalunya hanya lelaki sahaja yang bawa keluar duit mereka. Kononnya, tidak macho kalau guna duit wanita. Betul ke?
Owh...saya amat menolak pandangan seperti ini. [-( Ini kerana dalam berpasangan, memang perlu ada sikap berkongsi dan tiada langsung sikap macho ataupun tidak. Ini termasuklah dari segi berkongsi pendapat, berkongsi perasaan, masalah dan sebagainya. Tetapi perkongsian kali ini dalam konteks, duit. Kenapa anda perlu berkongsi menggunakan duit teman wanita anda? Ok, mari saya berikan anda satu situasi.

Setiap kali keluar dating, asyik lelaki ini sahaja yang mengeluarkan duit untuk teman wanitanya. Pergi makan, duit si lelaki ini. Menonton wayang, duit lelaki ini lagi. Duit minyak kereta atau tambang bas, duit lelaki ini lagi. Semuanya lelaki ini sahaja yang bawa keluar duit. Kalau menara KLCC tu dia yang punya, tidak mengapalah. Tetapi kalau gerai pisang goreng pun dia tidak mampu nak singgah, memang payahlah. #-o
Ditambah lagi kalau dalam sebulan pasangan ini keluar dating setiap hujung minggu, agak-agak anda la, lelaki ini boleh tahan tak dengan perangai teman wanita dia? Lagi-lagi teman wanita dia yang ajak keluar dating. Kalau tidak keluar dating, teman wanita ini merajuk. Bila dah merajuk, berkemungkinan akan berlaku pertengkaran. Itu ini, semua tidak kena. Bila dah berlaku pertengkaran, mula la isu ungkit mengungkit berlaku. Kemudian? Anda sendiri fikir-fikirkan. /:)
Tetapi di sebaliknya, sekiranya anda berkongsi duit dengan teman wanita anda, sudah mesti anda berasa senang untuk keluar dating. Kerana separuh dari perbelanjaan sudah ditanggung oleh teman wanita anda. Kalau tidak separuh pun, sebahagian. Sebagai contoh sekiranya anda keluar dating, duit makan, anda yang belanja. Untuk duit tiket wayang pula, teman wanita anda yang belanja. Dengan ini, kedua-duanya berasa senang dan gembira.
Kalau tidak pun, anda buat la selang seli. Minggu ini keluar makan, anda yang belanja. Minggu depan keluar makan, si dia pula yang belanja. Tetapi jangan la anda "tikam" pasangan anda. Jangan la bila turn dia yang belanja, anda ajak dia pergi makan dekat tempat-tempat yang mahal. Tempat-tempat yang ekslusif. Memang berpeluh la kawan tu nak membayarnya. Kasihani la dia. Anda sayang dia kan? Bukan duit die kan? ;))
Jadi, adakah lelaki tidak macho sekiranya lelaki menggunakan duit wanita? Anda tanyalah diri anda sendiri. Kepada yang lelaki, anda ingin menunjuk macho atau diri anda sendiri yang akan sengsara. Semuanya terpulang kepada anda.
Yang penting, anda jujur pada diri dan pasangan anda. Jika tidak mampu, katakan tidak. Jangan biarkan ia melarat.
Dan sekiranya anda mempunyai pendapat, anda boleh menghantarnya melalui ruangan komen di bawah ini.

kenapa wanita perlukan lelaki???rase rasenye?try lah tgok

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...