try click here

December 27, 2012

Senarai semak bagi pengantin kawin

Assalamualaikum :)
Ce tengok kat bawah nih,,ade senarai and cara caranye..sape yg nak kain awal tuh bagus lah tgok ok..


Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

December 24, 2012

IBU COLLAGEN ( Pure Punye 100%)


agak agak sape yang percaya and kenal kite,boleh amik kat kite,jika tanak boleh
cari agent lain yg jual collagen nih.bole cari kite kat fb http://www.facebook.com/siti.nadiah.1447 or inbox me :) 

ibu collagen 2A RM 25


GRED AA (KUNING)
1. Diproses secara stim
2. Diproses 3 kali
3. Khsiatnya Kurang sedikit daripad gred AAA
4. Kurang garam
5. Kurang bau


ibu collagen 3A RM 28
GRED AAA (UNGU)
1. Diproses semulajadi
2. Diproses sekali sahaja
3. Khsiatnya lebih tinggi
4. Bergaram
5. *Berbau


" BOLE DIGUNAKAN OLEH LELAKI DAN WANITA"
2A elok jugak tapi,lame sikit lah kesan nye tapi kalau amek 3A terus llagi bagus,tapi depends lah kat u all

Marine collagen nih lebih berkhasiat ,x sume x berkhasiat tapi yang nih siyes berkhasiat..walau pun rasenye x sesedap sirip ikan yu sarang burung layang layang.

KHASIAT

Melaras berat badan dan menstabilkan hormon
-Menegangkan payudara
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisma badan.
-Memejalkan payudara, otot dan punggung.
-Menyihatkan rambut dan kuku.
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid.
-Mengurangkan penuaan pra-matang seperti kedutan dan kulit kendur.
-Mengurang selulit.
-Memberi tenaga.
-Melancarkan peredaran darah, mengurangkan sakit bahu dan belakang.
-Menguatkan tulang dan sendi serta menjauhkan artritis dan osteoporosis.
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot.
-Merawat penyakit gout.
-Mencegah Kanser/tumor.
-Menurunkan tekanan darah tinggi.
-Meningkat fungsi penghadaman/pencernaan dan merawat gastrik.
-Anti bakteria/kulat.

-Merawat jerawat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh.
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh.
-Melicin, menegang dan menghaluskan kulit.
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan mengapuskan parut.
-Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit untuk penyebuhan luka.
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah bagi penyakit kencing manis.
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
-Memberikan rasa kekenyangan bagi proses diet.
-Memelihara usus kecil untuk mengelakkan sembelit/Buasir.



senang cite,sume khasiat nye ade disini..Mungkin bahan nih murah dan mudah dimaakan tapi depends pada si pemakainya,kalau ianya yakin insyaallah ade jalannye.


STEP2 NAK MEMBUATNYA:)

`1. asingkan 4 bahagian and 1 bahagian tuh rendam semalaman dgan air biasa,before that basuh dulu sbb nak buang baunye..(sebab 1 bekas nih boleh tahan sebulan 1 bahagian 1 minggu)

2.then basuh lagi and baru rebus or kate lain masak lah sehingga cair ( nak hilangkan rase loya tekak sblum mkn benda nih,,fes jgn bau ianya macm bau syusyi,hihi,second,rebus skali dgn daun pandan and tambah sikit gula or nak tambah blackcurren pun boleh )

3.da cair and masuk dlm bekas ,simpan dlm peti sejuk and jadi lah jeli or agar2 marine


AMALKAN PADA :)
- setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.(amalkan tiap hari)
-jika ade amalkan product lain,sy consumekan agar jarak kan masa pengambilan ibu collagen nih
-sesuai juga dijadikan mask sebelum tidur..cube amalkan sebulan nih.jika berhasil call saya


IMPORTANT TO IBU YANG BARU LEPAS BERSALIN X DIGALAKKAN,SELEPAS 2 BULAN BARU AMBIL IBU COLLAGEN




Cara Membuat Masker : 

1. Cuci muka 
2. pastu sapu rata gumpalan kolagen di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci

PERHATIAN Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.. 

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum dan lebih cepat! banyakkan minum air kosong.. air kosong tu paling wajib tak kira korang amik apa2 suppliment pon... tak amik suppliment pon kene minum air kosong juge 

SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?

Sesuai utk sesiapa sahaja...Bagi kes-kes tertentu spt di bawah tetap boleh menggunakannya;
* Ibu mengandung (kandungan mestilah lebih drp 5 bln)
- Kulit bayi jadi sangat cantik, putih & gebu
- Ibu lebih bertenaga dan tak mudah letih
* Ibu Menyusu (ambil 1 sudu shj)
- Kolagen sangat tinggi kandungan mineral...hampir menyamai susu ibu
* Sewaktu Period
* Warga tua
* Resdung & kulit sensitif
- Tiada kesan sampingan kerana ia diperbuat dari rumpai laut...bukan hidupan laut (seafood)






THANKS SEBAB SUDI MEMBACA DAN MEMBELINYE :)