try click here

June 20, 2013

Punca kekurangan Darah Merah

Istilah darah cair atau kepekatan darah rendah biasanya merujuk kepada keadaan darah bagi wanita hamil yang mengalami anemia atau masalah kekurangan darah.
Meskipun anemia bukan penyakit, ia perlu dirawat bagi mengelak risiko masalah kesihatan kepada ibu atau anak dalam kandungan.

Anemia ialah keadaan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu protein yang memberi warna merah kepada sel darah.
Ia adalah masalah yang sangat biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama wanita, kerana mereka didatangi haid setiap bulan. Jarang lelaki mengalami anemia, kecuali jika mereka menghidap penyakit.
Selain itu, hemoglobin berfungsi sebagai membawa oksigen daripada paru-paru ke semua sel dan organ dalam badan. Kekurangan sel darah merah bermakna kita kekurangan hemoglobin dan akibatnya sel di dalam badan tidak menerima cukup oksigen.

Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercungap-cungap selepas melakukan kerja ringan.
Justeru, untuk memiliki sel darah sihat, kita memerlukan buah pinggang, hempedu dan sumsum tulang yang sihat kerana di sinilah sel darah dihasilkan.



Punca anemia
Anemia ade banyak jenis and terbahagi kepada dua ,iaitu DIWARISI atau DIPEROLEHI
=DIWARISI
# Kecacatan membran
# Kecacatan globin
# Kecacatan enzim 

= DIPEROLEHI
# Pemakanan   # Kehilangan darah # Pendarahan dari faraj atau dubur disebabkan penyakit
# Kegagalan sumsum tulang   # Kanser  # Penyakit kronik  # Ulser dan pendarahan dalam perut
# Kesan sampingan ubat # Penyakit autoimun # Jangkitan # Kehamilan terlalu kerap


ORANG YANG MUDAH DISERANG ANEMIA IS ?
# Wanita hamil (30 peratus wanita hamil alami masalah kekurangan darah)
# Kanak-kanak kecil kurang dari dua tahun
# Remaja perempuan, terutama yang baru datang haid
# Orang tua (60 tahun ke atas)
# Atlit perempuan
# Vegetarian vegan (yang amalkan pemakanan yang sangat terhad)
# Individu yang ada penyakit menyebabkan penyerapan zat besi terjejas atau disertai kehilangan darah
# Penyakit keradangan usus
# Ulser usus 
# Kehilangan darah yang kronik

u olls tau tak,macam mane nak tau kite ade ANEMIA or tak??
Selalunye ANEMIA nih umum dan amik mase yang panjang untuk dikesan.Kekadang kite terlepas and tak tahu pun.Punca yang paling jelas is Keletihan,walaupun buat kerja ringan2,ade kalanya najis akan jadi wane gelap(ITS mean ade darah)
Selain itu, # Kulit pucat# Lemah seluruh badan# Selalu pening# Jantung berdegup lebih pantas atau tidak normal# Sakit kepala# Sesak nafas dan tercungap-cungap ketika melakukan kerja# Tangan dan kaki berasa kebas# Keadaan di atas mungkin jadi lebih teruk jika hamil# Lidah menjadi licin# Ulser di tepi mulut yang menyebabkan rasa sakit# Kuku menjadi kering, terkopek atau berbentuk seperti sudu

SAMA SAMA SEBAB BACA ENTRY
SAME SAME KITE JAGA YE :)

1 comment:

Kero Nua said...

as salam.boleh x saya nak tau penyanyi cover i'm into you cover tu ye?.hrp bleh share