Penampilan yang menawan ini tidak memerlukan kos yang mahal. Cukup sekadar anda kelihatan kemas, bersih dan bergaya dari hujung rambut sehinggalah kehujung kaki. Kali ini WanitaSihat ingin berkongsikan tips untuk tampil menawan.
1) Jangan keterlaluan
Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana is akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu.
Begitu juga dengan bedak asas, ianya perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.
2) Mengenakan gincu dengan betul
Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.
3) Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri
Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.
Walaupun anda ingin tampil menawan, jangan sampai menghias diri sehingga mendedahkan badan anda. Tidak perlu untuk tampil seksi-seksi semata mata ingin menarik. Baju yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan anda berasa kurang selesa.
4) Sentuhan terakhir
Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar. Perbetulkan tudung anda, dan akhirnya siap!

No comments:
Post a Comment