sebenarnya ada 2 perkara yang pengantin lelaki takutkan :
a. Soalan interview dari jurunikah
Apa soalan yang biasanya ditanya oleh jurunikah ni. Bagi anda yang akan berkahwin, anda boleh pergi ke upacara akad nikah rakan-rakan anda untuk mengetahui apa soalan bocor jurunikah tu, boleh la buat persediaan nanti. Antara soalan yang selalu ditanya :
1. Berapa rukun nikah, dan sebutkan satu persatu.
Jawapannya: Rukun nikah ada 5 iaitu: a) Pengantin lelaki b) Pengantin Perempuan c) Akad (Ijab dan kalbu) d) Wali e) Saksi
2. Berapa rukun solat dan sebutkan
3. Baca fatihah
4. Mengucap 2 kalimah shahadah
5. Baca doa khunut
6. Baca doa iftitah
Itu yang biasa ditanya, bukan semua soalan ini ditanya, mungkin 2 atau 3 soalan sahaja yang dia tanya. Jadi jangan terlalu bimbang sangat.
b. Takut akad berkali-kali akibat masih belum sah
Akad nikah ni berkait rapat sangat dengan kelancaran dan kejelasan sebutan semasa akad. Contohnya anda perlu sebut nama bakal isteri dengan terang dan jelas, suara kena kuat, sebab kadang-kadang 2 orang saksi itu orang yang terlalu tua, sound nyer dah tak berapa ok, jadi kena kuat sikit la.
Kemudian akad itu tidak boleh tersangkut-sangkut, kena lancar. Kalau sangkut-sangkut macam kereta habis minyak, itu yang kena buat akad semula tu.
No comments:
Post a Comment