Pages

try click here

May 28, 2013

khasiat ranting nona


assallamualaikum bloggers..

jom baca untuk info

Ranting pokok nona atau bullock’s heart ditemui kerana banyak kelebihannya. Sebelum ditemui ranting nona Dr Jahid dan para pembantunya telah mencuba menggunakan berbagai ranting kayu. Didapati ranting-ranting yang digunakan ada meninggalkan kesan bias pada tubuh pesakit. Bila ranting nona digunakan kesan bias tidak ada sama sekali. Selain daripada tidak ada meninggalkan kesan bisa, terdapat juga berbagai keistimewaan ranting nona ini:

(1)      Sangat digeruni dan ditakuti oleh jin dan syaitan yang berada dalam tubuh pesakit.
(2)      Kesannya sangat baik kerana ia segera menyembuhkan berbagai penyakit.
(3)      Tidak perlu diketuk dengan kuat, tapi memadai dengan cara perlahan-lahan. Biasanya memadai ranting nona itu diangkat kira-kira 45 darjah sahaja.
(4)      Berat, ketumpatan dan kemantapan ranting nona sangat sesuai digunakan untuk tujuan perubatan ini.
(5)      Ranting nona sangat tahan. Jika digunakan dengan cermat sebatang ranting nona boleh digunakan sampai berbulan-bulan.
(6)      Berkesan juga dengan baik bagi mengubati penyakit biasa (berbagai penyakit yang bukan disebabkan oleh jin dan syaitan).

Kepercayaan sesetengah orang cina dan india beranggapan bahawa pokok nona menakutkan hantu. Sebab itu mereka menanamnya di sekitar rumah mereka.

Menurut kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar ubat-ubatan herba mendapati bahawa setiap bahagian pokok nona ada khasiat ubatan. Daun, ranting, kulit, buah, akar dan lain-lain bahagian pokok tersebut ada khasiat ubatan. Daun, kulit kayu dan buah yang masih hijau boleh direbus bersama untuk tujuan penyembuh berbagai penyakit.

Penemuan kita pula ialah rantingnya sangat baik dan sangat sesuai untuk digunakan dalam kaedah perubatan refleksologi Islam ini.

No comments: