Pages

try click here

December 26, 2011

Hasrat hati


….inilah titian!

Titian suci

Jalan makrifat ahli hakikat menuju ilahi

Tuhan maha pengasihmaha penyayang selalu merahmati,ku ajak mu kesana

Datanglah segera !mari kemari!

Kita mendaki meniti pelangi

Membawa hati

Ke hadharat qudus di taman suci rabbani

Alangkah indahnya!semuanya sepi

Penuh ketenteraman penuh ketenangan jiwa insane

Apakah tak mahu kesini!

Kepada tuhan mu tidak mencintai!

Masih menurut nafsu  syaitan

Sampingkan keduniaan lempar ke belakang daki daki duniawi.!

Kikis segala kotor dan karat yang melekat hati sanubari

Biarkan sampai bersih putih suci

Harum mewangi bercahaya nurani

Supaya sesuai untuk pandangan pencipta insan

Tuhan semesta alam rabbul alamina rahim rahmani..









…..ilahi rabbi!

Aku berdoa memohon kurnia kelimpaham rahasia

Rahasia makririfat

Rahasia hakikat

Rahasia kaum orang bahagia

Namun aku merasa sedih..berdukacita

Jiwa ku kotor..berkarat berdaki orang sengsara

Hati pun lalai sering melupakan mu alpa

Fikirin kabur berpura pura

Haluan bercelaru entah kemana

Bentengilah aku..bentengilah segera!

Dalam istana makrifat taman hakikat kemuncak gembira



…… wahai kawan !

Inilah persembahanku sudi terimalah !

Sebuah bingkisan yang paling murah

Nilainya tinggi kemuncak yang indah.

Untuk dirimu bentengilah cepat

‘benteng diri alhi hakikat…

Meniti makrifat kepada allah’

Moga moga nikmat siapa yang rindu mencintai allah

Ya tuhanku,kabulkanlah…kabulkanlah!

katakanlah amin tanda berserah!!!


No comments: