Assalamualaikum :)
Ce tengok kat bawah nih,,ade senarai and cara caranye..sape yg nak kain awal tuh bagus lah tgok ok..
MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
PADA
HARI PERTUNANGAN:
MALAM
BERINAI:
Berikut adalah senarai semak untuk majlis
perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah
menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan
landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
LAPAN
– ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Bagi pengantin lelaki:
LIMA
BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
TIGA
BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Bagi pengantin lelaki:
Bagi pengantin perempuan:
DUA
BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
TIGA
MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Bagi pengantin perempuan:
TIGA
– SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Bagi pengantin lelaki:
Bagi pengantin perempuan:
PADA
HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Bagi pengantin lelaki
PADA
HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Bagi pengantin lelaki:
Bagi pengantin perempuan:
TIGA
HARI SELEPAS perkahwinan:
Ce tengok kat bawah nih,,ade senarai and cara caranye..sape yg nak kain awal tuh bagus lah tgok ok..
Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum
Melayu
Berikut adalah senarai semak untuk proses
merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan
perkara yang telah anda lakukan.MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•
|
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
|
•
|
Wang tanda (hantaran)
|
•
|
Baju sepasang atau kain
|
•
|
Buah-buahan
|
•
|
Kuih-muih
|
•
|
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
|
•
|
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si
perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
|
•
|
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat
untuk melamar si gadis.
|
•
|
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan
lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih
diberikan.
|
•
|
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara
tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama
lelaki tersebut.
|
•
|
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
|
•
|
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
|
•
|
Cincin berlian
|
•
|
Sirih junjung
|
•
|
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju,
buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda
rancangkan.
|
•
|
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan
cincin kepada si gadis.
|
•
|
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk
menginaikan anda.
|
•
|
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka
yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
|
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu
bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
|
•
|
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua
belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
|
•
|
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik
tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
|
•
|
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi
pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah,
internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan
gambaran awal.
|
•
|
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian
persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian
yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
|
•
|
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
|
•
|
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau
membelinya.
|
•
|
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau
badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk
mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila
klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
|
•
|
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika
berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari
pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau
badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam
seluruh Malaysia)
|
•
|
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di
sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
|
•
|
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik
indah majlis perkahwinan anda.
|
•
|
Membeli cincin kahwin.
|
•
|
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan
khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu
hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
|
•
|
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
|
•
|
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
|
•
|
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
|
•
|
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara),
tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi
mengelakkan tempat ditempah orang lain.
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
|
•
|
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja
dan kerusi, menu dan sebagainya.
|
•
|
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
|
•
|
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
|
•
|
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya
majlis pernikahan anda.
|
•
|
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran)
yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
|
•
|
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
|
•
|
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah
anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8.
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Membeli barang kemas
|
•
|
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian
untuk pengapit anda.
|
•
|
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
|
•
|
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah
untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai
Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian
tersebut jika anda telah berpuashati.
|
•
|
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda
semasa majlis perkahwinan berlangsung.
|
•
|
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan
anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada
majlis perkahwinan anda nanti).
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung
dan lain-lain hantaran.
|
•
|
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang,
bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
|
•
|
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda
melalui telefon.
|
•
|
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan
sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
|
•
|
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis
tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada
barang yang tertinggal.
|
•
|
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
|
•
|
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
|
•
|
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak
lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
|
•
|
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada
majlis tersebut.
|
•
|
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu
pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa
dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
|
•
|
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari
pernikahan anda.
|
•
|
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan
kepada orang yang boleh dipercayai.
|
•
|
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan
kepada tok kadi.
|
•
|
Cincin / gelang tangan / rantai.
|
•
|
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
|
•
|
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal
sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
|
•
|
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada
majlis pernikahan tersebut.
|
•
|
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu
lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai
Kadi seluruh Malaysia)
|
•
|
Pada malam majlis pernikahan, majlis
persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju
yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam,
Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar,
mengantuk dan tidak bermaya.
|
•
|
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan
sentiasa senyum.
|
•
|
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah
dirancangkan.
|
•
|
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya
sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
|
•
|
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
|
•
|
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum
pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
|
•
|
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
|